Oct 21, 2014

Cuti Mid Term-" Hari yang tidak produktif"

Assalammualaikum uolls,

Apa khabar uolls? I olls fine jer. Ngehihi,. Erm tak tahu nak kata apa lah. Dah lama gila tak menaip memalam buto gini sambil sumbat lagu dekat telinga. Tadi akal kemain banyak cerita nak taip, tapi tulah bila dah sampai on laptop jer blur. Ergh~ Nak tak kita cuba berbahasa Melayu means taip dalam full BM. Saja je nak cuba lah hai.

Hari ini depenuhkan dengan banyak perkara tak bermanfaat bagi aku. Apa ke tidak nya? Kau bayangkan aku bangun pagi pukul 10 pagi . Itu pun dah gigih mengejek diri sendiri kata :

"Pergi tolong mak"
"Bangun lah gemuk"
"Jangan jadi pemalas"
"Kalau tak bangun sekarang, sampai bila tak bangun"

Akhirnya, berjaya aku mengagahkan diri dari tidur. Seterusnya, aku basuh muka , gosok gigi dan terus membuka tudung saji. Anak gajah pun tak malas macam ini kan?? Kemalasan tahap dewa kau tahu. Makan-makan. Mak pun malas agaknya hendak berleter meneruskan aktiviti harian beliau. Mak saya suka memasak, jadi jika ada anak perempuan dia mengada-ngada tergedik-gedik tiba-tiba nak tolong, jangan harap lah wahai diri. Tak kan boleh. Kata beliau, kami hanya melambatkan lagi masa untuk makanan itu siap dimasak. Jadi, kebanyakan anak mak tempang tangan untuk pandai memasak lauk berkuah terutamanya aku. 

Baik, sudah jauh menyimpang. Hari tak produktif terus giat berjalan seperti biasa. Maafkan anakmu ini ya, Puan Robiah. Kemudian, saya dah siap makan, duduk terperap tengok televisyen. Cerita itu, cerita ini satu pun tak berkenan di hati. 

Kenapa? Kenapa Malaysia tak boleh cipta satu cerita yang memperlihatkan keadaan realti penduduk Malaysia yang sebenar? Aku tak harapkan cinta mimpi yang indah kerana sudah muak dan aku tahu peratusan untuk perkara sedemikian berlaku pada aku amat lah tipis. Kau rasa, kau hado? Tiada lah sampai nak meniru cerita Indonesia, asyik "zoom-zoom" sahaja. Tetapi kenapa aku rasa cerita mereka lebih menarik untuk aku tonton. Tolonglah beritahu aku kenapa?

Habis cerita drama ya. Sekarang, kembali pada tajuk yang asal. " Hari yang tidak produktif" . Tiba-tiba, malam macam ini, aku boleh rindu meja belajar dengan kolej Kinabalu itu. Dah apa hal dengan aku kan? Sedih lah macam ini. Balik rumah, rindu kolej. Balik kolej , rindu rumah balik. Apa kes kau , Farah. 

Owh, okeylah. Tak reti aku lama-lama nak taip bahasa melayu penuh nieh.. Hahaha. Nak tulis cerita lah.. Mip mip~ :P