Dari pagi sehingga ke petang hari tu hujan jer...terasa sesuatu,tetapi apakah yang mengusik hatiku ini..ada sesuatu mengetuk hatiku ini...Tapi apakah dia??
Aku menjeling ke arah pagar itu..manakah dia..manakah mereka..mungkin diorang pergi jalan-jalan agaknya..mungkin...?
Petang itu...hujan mulai reda..jalan tar lembap..tapi hatiku ini keras ingin bermain badminton dengan kakakku....Ah!itu mereka..berlegar-legar di hadapan rumahku..comelnya dia..
"Akak..akak..bangunlah,nak tak petang nie kita main badminton?",ak mengajak kakakku..Kakakku bersetuju..Kami bersiap..mengambil peralatan yang diperlukan..
"Hai, alah..laparnya dia.."kata kakakku...."Apa kata lepas main nieh kita kasi diorg makan nak"..kata diriku...
Bisik hatiku.."hishh..tuan dia nie,nak jaga kucing betul-betullah, apsal tak minta tolong aku dengan kakakku ak tolong jagakan diorang"...kasar kataku..
Dia mengiaw-ngiaw sambil menggesel-gesel di kaki ku....begitu juga dengan kakakku..
"Akak,ketengah lah sikit"kata diriku..Jiran disebelahku ingin keluar..kami berdua ketepi sedikit..
"Owh..lalu di laluan tengah rupanya"..Si dia masih tetap disitu melihat kami bermain..aabila bola jatuh ke jalan..Dia seperti mengacah ingin mencuri bola badminton itu dari kami....
TIBA-TIBA....
AHHHH!!!!!Dummm!!aku terdengar sesuatu seperti dilanggar..apakah ianya??
ak tak percaya dengan apa yang aku lihat..dia menahan sakit..dia sesak nafas..ak dan kakakku menjerit...Motor itu berlalu pergi tetapi dia memecut dengan lebih laju..
Ak mencampakkan racket ku...."dia kena langgar kat kaki...haishhh mesti sakit uh"...kata kakakku...
Tapi kenapa dia kelihatan sakit sangat...teramat sakit..bukan seperti dia dilanggar di bahagian kaki..
"Akak..bukan dekat bahagian kaki...Dia kena langgar dekat kaki..lpas tuh Farah nampak kat kepala dia sekali.."ak melihat dia ...Dia menahan sakit itu seorang..SENDIRI...
Air mataku mengalir deras...sudah lama aku tidak menangis sperti itu...Itu lah kali ketiga tahun ini..aku merasa kehilangan..aku tidak pasti berapa kali aku menangis hanya kerana seekor kucing...aku tidak dapat menahan lagi..
Air mataku sudah memenuhi kelopak mataku..menjadi kolam yang panas..yang dingin...aku menyeka air itu..tetapi ia deras mengalir..sangat deras...tersedu aku menangis..
"Akak.." aku melihatnya dia menggelepur seperti ayam yang baru disembelih...Dia berlari ketepi longkang rumah ku yang tinggi itu..dia mengerang kesakitan di situ..aku hanya melihat..menjerit nama kakakku..kakakku masuk kedalam ingin mengambil ubat.....kakakku menyumpah seranah perempuan itu...
Aku memegang badannya..."Tahanlah..Tahanlah..Janganlah mati"..itu sahaja yang aku mampu katakan..
Ya Allah..mengapa ia berulang kembali..kenapa aku melihat perkara ini lagi..
GEMPAR...kakakku yang seorang lagi keluar dari rumah.."Farah,janglah nangis"..aku tidak kisah..aku melihatnya..aku memandangnya...Dia sakit..yang aku sendiri tidak reti ingin mengataknnya..Dia tidak sempat makan..dia Tidak sempat dibelai olehku...Dia tidak bergerak..
Kemudian kakakku memegangnya..dia bergerak..dia bergerak..dia bergerak..tiba-tiba dia terjatu kedalam longkang...apakah yang boleh aku lakukan..
Dia cuba bergerak..tetapi air didalam longkang itu penuh kerana air hujan..dia bergerak..tetapi tidak lama...
Begitu sahaja dia mati.....aku menangis sambil menyebut.."Ya Allah..ya Allah..."..itu sahaja yang aku dapat sebut..
tidak lama kemudian..ak pula menyumpah seranah perempuan itu...."Bodoh..Bodoh.."

