Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Feb 3, 2015

Cameron, here we come. :)

Assalammualaikum.. :)

Haluu, anyeong! Lama gila tak update blog ni.

*padahal mcm lah selalu update kan?* 

Well, hari ni nak kongsi cerita pasal Cuti Midterm yang aku rasa amat memberangsangkan (betul ke ejaan nya) coz finally. Yeah, finally, definitely, semua yg ly hujung dia. Hahaha. Okay-okay, finally! Aku pergi bercuti dengan family aku. Korang pun tahukan time yang paling best is the moment you spend with your family. Selalu kata dekat UM selalu rindu,rindu. Apa laie, dh dpt spend holiday ni, kena cuti betul-betul lah. Hiks.

Naik jer cuti midterm, serious blur nak mati aku rasa. Terlonggok macam ulat gonggok, berhibernasi macam beruang, makan tak ingat dunia. Kau rasa? Alhamdulillah, Kak Nadia ajak aku ikut Kak Long naik Cameron Highland. Maybe korang rasa. Apa jer ada dekat Tanah Rata tu kan? Suka hati aku lah nak happy ke hapa, dari mereput sengsorang dekat rumah. Hahahahaha. Hee, tak marah pun , saja guna ayat keras sikit. 

Untuk pengetahuan u olls, Kak Long saya bakal berkahwin dengan kekasih hati nya. 

*aku selalu perasan yang bakal-bakal abang ipar aku ni semuanya tinggi, ke aku yang pendek, ergh*

Jadi, seronok juga rupanya berjalan-jalan dengan bakal abang ipar. Sebab aku seronok tengok kakak aku gembira dengan Abang Ipar-to-be nieh. Maksudnya, macam, herm, that feeling when you realised the person that you cared for have someone else that care for herself.

Opps, maaf. Jauh giler menyimpang, jumpa Bukit Putus tu yang berpusing-pusing tu kan. hahahhahaha. 

Cameron Highland is one of the place that I can't get hold too much because the place is so sejuk. Tak tahan lah sejuk dia. Hidung aku asyik keluar darah je. Padahal, aku nieh warm bodies. Apakah?! hee.

Naik sampai Tapah,semua ready tarik nafas panjang-panjang, preparation untuk elak muntah. Aku dengan tak buka matanya, kakak aku dengan bau minyak cap kapak memanjang. Ergh. Sampai jer Cameron pun dah ambil masa dalam 1 jam jugak, sebab jalan berliku kan. 
Tapi view yang cameron highland berikan dekat aku. Subhanallah. Cantik! Aku asyik terfikir pokok nieh tak mati ke? disebabkan kakak aku kerja dekat Mardi, jadi beliau tahu sedikit mengenai teh.
Erm, macam penat jer nak bercerita. Kasi gambar jerlah. ohoho


sebenarnya, banyak gambar, tapi sebab lappy aku bermasalah, banyak gambar loss. ;'(


Aku suka gila gambar tengah nieh, sebab mcm stylo gila ,kasut aku tu nampknya. hee
And, kami ke Ladang Teh BOH


Us. :3

Huh, bila dah sampai ke Cameron, jangan lupa untuk memaksa diri anda ke Pasar Malam Brinchang. Perasaan dia lain bila sampai sana. Rasa macam nak beli semua, padahal dekat Seremban tiada pula nak beli dekat pasar malam nieh huh. heehee. Harga dia standard lah sebab dia nak masak guna minyak punya mahal, takkan nak dapat murah lah kan. Apa yang sedap? semuanya sedap, and kalau korang nak tahu, rupanya brokoli goreng sangat lah sedap untuk dimakan. Rasa macam sayur. Hahaha, mestilah rasa sayur kan takkan rasa pizza lak kan? cuba lah korang try, sure punya nak lagi. And macam biasa, kalau dah sampai tempat tinggi, takkan tak cuba makanan panas kan? 
Hari tu, kitaorang mencari sesuap nasi. Punya lah murah harga dia sebab dia warung jer. Kalau korang nak tahu tempat makan ni dekat mana kena tanya dekat orang-orang situ. Sambal belacan dia daebak! Kedai tu milik orang Kelantan. Nanti, cuba lah try kalau mahu. :)

Beside dari aktiviti di atas yang kalian boleh buat, adalah pergi ke Strawberry Farm dekat Brinchang, tapi hari tu tak sempat nak pergi sebab belah petang hujan selalu. Bertambah sejuk ye idak? Tapi akan aku cuba ingatkan memori pergi beberapa tahun lepas. Tempat tu sangat best sebab kau akan lihat bayak jenis pokok, kaktus dan macam-macam. Strawberry yang cantik, merah macam dekat gambar bawah nieh.


Wokeyh, next place kalau dah sampai cameron tapi rugi kalau tak pergi adalah Stesyen MARDi dekat cameron highland. Hari tu, aku dengan kakak aku ambil keputusan nak jalan-jalan dekat taman tu dan berjalan kaki ke Marrybrown. Hahaha, teruk kan lapar memanjang. 
Tempat ini adalah macam taman di mana diperlihatkan penanaman bunga-bunga yang pelbagai macam rose, dan sebenarnya banyak lagi aktivit tapi time tu perut lapar sangat, jadi tak jalan sangat pun. Apa tidak nya, banyak sangat bergambar sebab serious talk. Sangat cantik. Subhanaallah. Ada banyak gambar tapi maleh nak upload banyak bebonar. Comel je ada teko dekat situ kalau adalah adik-adik nak gelongsor kan. Plus, dekat Taman Agro Teknologi ni,ada juga tanaman anggur, tapi tak tahu lah boleh petik ke tidak. Lepas tu, ada nampak tempat pelihara arnab. cecomel sgt, heeeee..

Herm, apa pun, aku belanja lah satu gambar. :) 
p/s : cubaan melompat yang ending part nya.


Emkay u olls, dah berkurang idea nak taip apa. Yang penting, melawat lah Malaysia dulu kerana Malaysia pun cantik apa?! Babai

Wasalam.